Get Adobe Flash player

LOGO

Sejarah Kesultanan Palembang Darussalam mencerminkan perjalanan nilai-nilai adat istiadat, budaya leluhur kita yang tidak dapat dihapus dan dihilangkan begitu saja dan bahkan harus diketahui dan dipedomani oleh anak Negeri Palembang Darussalam sehingga timbul jati dirinya.

VISI

Mewujudkan Negeri Palembang Darussalam menjadi negeri tempat keselamatan yang diridhoi Allah SWT, melalui pelestarian adat istiadat Kesultanan Palembang Darussalam yang telah dilupakan dan ditinggalkan.

 

Lambang Kebesaran DiRaja

 

Mahkota yang melindung perkataan Allah dan Muhammad melambangkan kemegahan Islam yang merupakan agama rasmi Kesultanan Palembang Darussalam khasnya dan Raja Melayu amnya.

Bunga padi yang mengelilingi lambang warna hijau yang menunjukkan bahawa kesucian Islam dan juga kekuatan kepada Raja untuk berdiri bagi menjaga keamanan dan juga kemajuan Palembang Darussalam manakala tiga biji kelompok bunga padi melambangkan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Kesultanan. Bulan dan bintang di dalam menunjukkan bahawa keamanan bumi sriwijaya yang mempunyai malam dan siang yang boleh memberi ruang kepada rakyat untuk mencurah bakti dengan kejayaan serta berehat pada waktu yang perlu, yakin pada waktu malam.

Bintang berkaki lima bermaksud kekuatan laskar yang kuat dan bijaksana yang boleh memastikan keselamatan kerajaan. Bintang berkaki lapan di dalam bintang berkaki lima dan bulan sabit melambangkan kesultanan mempunyai laskar dan pendekar yang boleh memastikan keamanan Palembang.

Pin It

Renew ID Card

Alih Bahasa

Top