Get Adobe Flash player

LOGO

Sejarah Kesultanan Palembang Darussalam mencerminkan perjalanan nilai-nilai adat istiadat, budaya leluhur kita yang tidak dapat dihapus dan dihilangkan begitu saja dan bahkan harus diketahui dan dipedomani oleh anak Negeri Palembang Darussalam sehingga timbul jati dirinya.

VISI

Mewujudkan Negeri Palembang Darussalam menjadi negeri tempat keselamatan yang diridhoi Allah SWT, melalui pelestarian adat istiadat Kesultanan Palembang Darussalam yang telah dilupakan dan ditinggalkan.

 

Sejarah Melaka, Palembang, Parameswara dan Kelantan (Kg. Palekbang)

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dariPalembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.

Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.

Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melakapada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.

Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat Iskandar Shah.

 

Manakala Palembang merupakan kota lama yang menjadi ibu negara Kerajaan Sriwijaya (meliputi Indonesia, Malaysia dan selatan Thai) dan pusat pengajian Sanskrit serta Buddha lebih 1,000 tahun lalu, kini adalah ibu negeri dan kota ke-2 terbesar diSumatera Selatan (Sumsel) dan yang ke-7 terbesar di Indonesia dengan hampir 2 juta penduduk.

Menurut sejarah, kerajaan awal Palembang dipimpin seorang pangeran bernama Sri Turi Buwana (meninggal 1208). Beliau diganti beberapa raja lain tetapi akhirnya kerajaan tumbang dan digantikan kerajaan Majapahit.

Parameswara adalah raja Sriwijaya terakhir yang cuba menghidupkan Palembang sebagai sebuah pusat perdagangan. Apabila diserang tentera Majapahit, beliau lari dengan Sang Nila Utama ke Temasik, yang ketika itu di bawah kuasa Siam.

Apabila diserang tentera Siam kerana membunuh gabenor Temasik, Parameswara lari ke semenanjung dan membuka kerajaan Melaka. Beliau memeluk Islam, mengahwini puteri Pasai dan menukarkan nama sebagai Sultan Iskandar Shah. Beliau memerintah empayar Melayu-Islam Melaka selama 22 tahun.

 

Sementara itu, Palembang menjadi huru-hara dan lanun bermaharajalela. Sehinggalah kedatangan Laksamana Cheng Ho dan armadanya ke Palembang, mengalahkan semua lanun dan mengamankan semula tempat itu.

Kesultanan Palembang diinstitusikan oleh Ki Gede Ing Suro, seorang kerabat Jawa. Diceritakan juga seorang sultan Palembangtelah berkahwin dengan puteri dari Kelantan.

Orang Kelantan, dalam loghat mereka, menyebut Palembang sebagai ‘Palekbang’, yang masih wujud sehingga kini. AntaraSultan Palembang paling terkenal ialah Mahmud Badaruddin II, yang terbabit dalam tiga peperangan dan mengalahkan tentera penjajah Belanda dan Inggeris.

Nama Cheng Ho diabadikan pada sebuah masjid cantik di sana manakala Mahmud Badaruddin II adalah nama lapangan terbangPalembang.

Palembang menjadi tuan rumah kepada Sukan Sea pada 2011 dan tahun ini, menjadi hos kepada Sukan Perpaduan Negara-Negara Islam ke-3, membabitkan 5,000 atlet dari 21 negara.

Hari ini, Palembang (358km persegi) adalah pusat komersil, budaya dan pelancongan utama. Terdapat 12 universiti diPalembang.  Penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur dan Singapura ke Palembang dan sebaliknya sering penuh.

Orang Malaysia dan Singapura ke Palembang untuk melancong, beli-belah dan berniaga.

Antara syarikat Malaysia yang sudah beroperasi di sana termasuk Sime Darby, CIMB Niaga dan Syarikat Lam Soon. Dengar khabar Petronas juga akan melabur di sana.

Berbekalkan semangat keusahawanan yang sentiasa ada dalam diri saya dan keterujaan mencuba sesuatu yang baru, saya bersama dua rakan kongsi dari Baling, Kedah dan Melor, Kelantan membuka sebuah restoran halal di Jalan Basuki Rahmat.

Restoran baru dua bulan beroperasi menyediakan pelbagai menu Malaysia yang popular seperti nasi lemak, ayam percik, roti canai, lontong, ABC cendol dan teh tarik.

Ia dirasmikan Sultan Mahmud Badaruddin III Sabtu lalu, dan dihadiri wartawan dari Bernama, Astro Awani dan NTV7. Setahu saya, ia adalah restoran Malaysia pertama dibuka di Palembang dan mempelopori kemasukan IKS Malaysia, selain dua kopitiam Malaysia yang juga telah dibuka di sana.

Manakala Pekan Palekbang suatu ketika dahulu namanya meniti dibibir masyarakat dek kerana disitulah terletaknya masjid tertua di Malaysia iaitu di Kampung Laut sebelum ianya dipindahkan ke Nilam Puri berlaku hakisan akibat banjir saban tahun. Kampung Laut,sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tebing Sungai Kelantan ini sarat dengan kisah dan sejarah silam sebelum Perang Dunia ke-II meletus. Namanya seakan-akan nama sebuah negeri di Indonesia, iaitu Palembang.

Kampung Sungai Pinang, Palekbang merupakan sebuah perkampungan di pinggir Sungai Kelantan dan terletak di Pekan Palekbang, Tumpat. Tumpat merupakan daerah paling kecil di Negeri Kelantan yang berkeluasan kira-kira 169 kilometer persegi. Sebahagian besar daerah ini adalah dataran tanah pamah dan terdapat banyak gugusan pulau sungai atau island river yang berpotensi dimajukan untuk industri pelancongan. Selain industri pelancongan yang mampu bertapak di kawasan sekitar Tumpat, sejarah juga memainkan peranan penting sebagai salah satu faktor memperkenalkan kawasan sekitar Tumpat di mata pelancong. Salah satu produk sejarah tersebut adalah stesen kereta api Palekbang.

Kesimpulannya menurut sejarah bahawa Melaka, Palembang dan Kampung Palekbang Di Kelantan mempunyai hubungan antara satu sama lain.

 

Pin It

Renew ID Card

Alih Bahasa

Top