D.S.M.P.

درجه فادوكا سري مهكوتا فليمبغ – (دي.إيس.إيم.في) – كلارن داتوء فادوكا

Darjah Paduka Seri Mahkota Palembang – (D.S.M.P) – Dato’ Paduka

Penerangan :

Darjah ini dianugerahkan kepada golongan bangsawan yang berjaya, kebiasaannya kejayaan dalam NGO, Politik, Sukan, Budaya dan Perniagaannya. Ianya dikelaskan sebagai Darjah dalam keluarga pertama, Darjah ini juga sesuai dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan yang aktif dalam pelbagai kegiatan antara Negara atau pun dalam peringkat Negeri, mereka-mereka yang dikira sesuai oleh baginda atau kaum kerabat Istana juga boleh menerima darjah ini manakala darjah ini dihadkan kepada (200) penerima sahaja dan sesuai digelarkan sebagai Yang Berbahagia (YBhg.)

Gelaran Suami : Dato’ Paduka

Gelaran Isteri : Datin Paduka

Gelaran Perempuan : Dato’ Paduka

Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :

YBhg. Dato’ Paduka Muhammad bin Ali, D.S.M.P., (dan disambung dengan pingat lain yang diterima)

Berikut adalah Medal dan Selempang yang diterima : –

Darjah dilengkapi dengan :

1. Selempang

2. Medal di paras Poket

3. Medal di selempang

4. Medal kecil untuk No 1 Dress atau pakaian adat

5. Medal mini untuk dinner dress atau pakaian waktu malam

6. Medal untuk Isteri

7. Coler Pin untuk pakaian harian

8. Bantal penyampaian adat (jika perlu)