S.M.S

بيغتغ سري مغكو سلطان محمود بدر الدين يغ كتيك – (إيس.إيم.إيس) – تياد كلارن

Bintang Seri Mangku Sultan Mahmud Badaruddin III – (S.M.S) – tiada gelaran

Penerangan :

Darjah ini dianugerahkan kepada golongan bangsawan yang berjaya, kebiasaannya kejayaan dalam NGO, Politik, Sukan, Budaya dan Perniagaannya. Ianya dikelaskan sebagai Darjah dalam keluarga pertama, Darjah ini juga sesuai dianugerahkan kepada Ahli Persatuan yang aktif dalam pelbagai kegiatan antara Negara atau pun dalam peringkat Negeri, mereka-mereka yang dikira sesuai oleh baginda atau kaum kerabat Istana juga boleh menerima darjah ini manakala darjah ini tiada had limit dan tiada gelaran, penerima hendaklah dikelaskan sebagai golongan yang dihormati.

Gelaran Suami : tiada gelaran

Gelaran Isteri : tiada gelaran

Gelaran Perempuan : tiada gelaran

Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :

YBhg. Dr. Muhammad bin Ali, S.M.S., (dan disambung dengan pingat lain yang diterima)

Berikut adalah Medal dan Selempang yang diterima : –

Darjah dilengkapi dengan :

1. Medal yang pakai dileher sahaja.