S.P.M.P

سري ستيا فادوكا مهكوتا فليمبغ – (إيس.في.إيم.في) – كلارن داتوء سري فادوكا

Seri Setia Paduka Mahkota Palembang – (S.P.M.P) – Gelaran Dato’ Seri Paduka

Penerangan :

Darjah ini dianugerahkan kepada golongan bangsawan yang berjaya, kebiasaannya kejayaan dalam NGO, Politik, Sukan, Budaya dan Perniagaannya. Ianya dikelaskan sebagai Darjah dalam keluarga pertama, Darjah ini juga sesuai dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan yang pernah menerima darjah di Negara asal atau pernah bergelar Dato’ boleh menerima darjah ini, mereka-mereka yang dikira sesuai oleh baginda atau kaum kerabat Istana juga boleh menerima darjah ini manakala darjah ini dihadkan kepada (200) penerima sahaja dan sesuai digelarkan sebagai Yang Amat Berbahagia (YAB)

Gelaran Suami : Dato’ Seri Utama

Gelaran Isteri : Datin Seri Utama

Gelaran Perempuan : Dato’ Seri Utama

Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :

YAB. Dato’ Seri Paduka Muhammad bin Ali, S.P.M.P., (dan disambung dengan pingat lain yang diterima)

Berikut adalah Medal dan Selempang yang diterima : –

Darjah dilengkapi dengan :

1. Selempang

2. Medal di paras Poket

3. Medal dan Rantai Kebesaran

4. Medal di selempang

5. Medal kecil untuk No 1 Dress atau pakaian adat

6. Medal mini untuk dinner dress atau pakaian waktu malam

7. Medal untuk Isteri

8. Coler Pin untuk pakaian harian

9. Bantal penyampaian adat (jika perlu)